Kelas Komputer (Ms Office) & Klik Dengan Bijak
04 February 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 11 orang peserta telah menyertai Kelas Komputer yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang pada kali ini. Kursus Microsoft Office ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan tambahan mengenai aplikasi Microsoft Office yang akan membantu peserta dalam meningkat tahap prestasi pelajar menggunakan komputer, dan menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen. Di dalam kursus ini peserta ditekankan dengan kemahiran menaip menggunakan asas-asas tools yang ada di dalam Microsoft Office.
Selain itu, kursus ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui taklimat dan tayangan video klik dengan bijak (KDB). Kelas yang diadakan ini mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih belum didedahkan dengan penggunaan Microsoft Office dalam membuat tugasan. Pelajar hanya didedahkan dengan asas di dalam Microsoft Office. Pelajar diberikan latihan di dalam kelas ini bagi memberikan lebih kefahaman kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: