Kursus Asas Komputer Hari Pertama (Ms.Word)
24 February 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 15 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Komputer yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui klik dengan bijak (KDB).
Pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam melayari internet bagi mengelakkan pelajar atau anak-anak daripada melayari web yang salah.Kelas komputer yang diadakan pada kali ini lebih fokus kepada pembelajaraan Microsoft Word, iaitu pembelajaran tentang penggunaan “keyboard” dan “mouse” dengan betul.Dapat membezakan “left” dan “right” tetikus. Cara membuat kotak “insert table”. Sebelum sesi pembelajaraan Ms Word, para peserta ditayangkan video tentang Klik dengan bijak (KDB) dan tayangan video kisah kejayaan (ICT) daripada salah seorang peserta yang pernah menghadiri kursus dan kelas tambahan yang pernah diadakan di PI Kg Lawang.
Kelas Ms Word yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih tercari – cari untuk mengenal ICT. Sambutan yang menggalakkan ini juga menarik minat kepada golongan yang berusia di awal pertengahan untuk lebih celik IT. Oleh itu, kami pihak PI Kg. Lawang juga sedang merangka jadual dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas seperti ini terhadap golongan awal pertengahan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: