Kelas Asas Komputer (Ms Office)
5 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4hb Disember 2018 dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang, seramai 8 orang pelajar telah menyertai Kelas Asas Komputer bagi pembelajaran asas Ms Office di Pusat Internet Kampung Lawang.
Di dalam kelas ini, pelajar diberikan tunjuk ajar berkenaan pengenalan kepada asas komputer, pengenalan kepada tools yang ada dan sering digunakan di dalam membuat Ms Office serta latihan untuk mengukuhkan pengetahuan dan ilmu yang disampaikan. Tujuan kelas ini adalah untuk melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Ms Office serta meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Office. Di samping itu juga, ia dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran serta mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi.
Pusat Internet Lawang berharap kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat Kementerian Pendidikan dan MCMC bagi merapatkan jurang antara golongan luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: