Kelas Live Tutorial Khas bagi Pelajar Tingkatan 2
30 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2018 yang lalu, pihak Maxis eKelas telah menganjurkan kelas Live Tutorial bersama-sama Pusat Internet yang terlibat dengan eKelas Portal. Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh Maxis untuk menerapkan nilai dan ilmu digital di kalangan staf PI dan pelajar-pelajar terutama yang terlibat dengan Program eKelas Portal bagi memperkenalkan eKleas Live Streaming Tutorial dan membantu pelajar-pelajar ekoran peperiksaan yang akan berlansung tidak lama nanti.
Kelas Live Tutorial untuk eKelas Portal ini adalah khusus dilakukan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 2 bagi membantu mereka untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama guru dan rakan-rakan lain daripada segenap negeri secara atas talian. Seramai 7 orang pelajar dari Pusat Internet Lawang telah menyertai sesi Live Tutorial bagi pelajar Tingkatan 2 ini selama 2 jam bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: