Kursus Asas Komputer (Microsoft Word)
26 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 10 orang peserta telah menyertai Kelas Komputer yang telah diadakan pada hari Jumaat 25 Mei 2018 di Pusat Internet Kampung Lawang. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah cara-cara penggunaan komputer.
Pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam melayari internet bagi mengelakkan pelajar atau anak-anak daripada melayari web yang salah.Kelas komputer yang diadakan pada kali ini lebih fokus kepada pembelajaraan Microsoft Word, iaitu pembelajaran tentang penggunaan “keyboard” dan “mouse” dengan betul.Dapat membezakan “left” dan “right” tetikus. Cara membuat kotak “insert table”. Sebelum sesi pembelajaraan Ms Word, para peserta ditayangkan video tentang Klik dengan bijak (KDB) dan tayangan video kisah kejayaan (ICT) daripada salah seorang peserta yang pernah menghadiri kursus dan kelas tambahan yang pernah diadakan di Pusat Internet Kg Lawang.
Kelas Ms Word yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih tercari – cari untuk mengenal ICT. Sambutan yang menggalakkan ini juga menarik minat kepada golongan yang berusia di awal pertengahan untuk lebih celik IT. Oleh itu, kami pihak Pusat Internet Kg. Lawang juga sedang merangka jadual dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas seperti ini terhadap golongan awal pertengahan ini.
Tentatif semasa kelas itu berlangsung adalah dengan pendaftaran nama pelajar/peserta kelas ICT. Selepas itu, tayangan video Klik dengan Bijak (KDB) dan eWaste. Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Ms Word serta meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Word. Selain itu, menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran dan mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: