Kelas & Pertandingan Mencipta Logo PI Lawang
17 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 Disember 2018 yang lalu, seramai 8 orang peserta dari Pusat Internet Lawang telah menyertai Kelas & Pertandingan Mencipta Logo PI Lawang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk mencipta logo menggunakan daya kreativiti mereka menggunakan perisian “Designevo” di samping dapat melatih peserta untuk mahir menggunakan komputer.
Staf Pusat Internet Lawang memberikan tunjuk ajar kepada peserta tentang tools yang terdapat di dalam “Designevo” untuk membantu peserta menyiapkan logo masing-masing. Kelas ini juga diadakan untuk menggalakkan peserta untuk menggunakan kemudahan PI dengan aktiviti berfaedah pada musim cuti sekolah.
Di akhir kelas, staf PI melatih peserta untuk menyimpan logo mereka dan memuat naik ke dalam FB PI Lawang.Peserta yang mendapat paling banyak like atau review akan dipilih sebagai pemenang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: