Sambutan Hari Sukan Negara
14 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober 2018 telah diadakan Sambutan Hari Sukan Negara di Sekolah Kebangsaan Lawang, Batu Gajah Tanah Merah Kelantan. Sambutan ini sebagai salah satu cara menyahut seruan kerajaan untuk kehidupan gaya hidup sihat. Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Sukan Negara telah jatuh pada 13 Oktober 2018. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2018 ini, sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Pusat internet Kg Lawang juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam hari sukan tersebut.
Tujuan program ini dijalankan agar staf PI dapat merapatkan lagi hubungan mereka di dalam komuniti setempat malahan dapat memperkenalkan PI kepada masyarakat. Selain itu, kami juga mengambil kira faktor perkembangan media baru yang pesat yang mendedahkan pengguna Internet kepada ancaman jenayah dalam talian. Ini kerana kebanyakan penjenayah beranggapan bahawa jenayah yang berlaku di alam siber sukar dikesan. Oleh itu, kempen keselamatan Klik Dengan Bijak (KDB) turut diselitkan di dalam program ini yang juga merupakan inisiatif kami untuk menyedarkan masyarakat tentang jenayah siber yang berlaku tanpa kita sedar melalui kempen keselamatan Klik Dengan Bijak (KDB).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: