Hari Terbuka Mini PI & Program Advokasi
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2018 telah diadakan Hari Terbuka Mini PI dan Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Kampung Lawang. Tujuan hari terbuka ini diadakan bagi mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI) melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti mendapatkan penyertaan bagi pendaftaran eKelas seramai 80 orang. Selain itu, bertujuan menjalankan advokasi melalui Pertandingan Kuiz KDB seramai 30 orang serta menyampaikan taklimat advokasi kepada golongan komuniti berusia 20 tahun dan ke atas (>50 orang). Hari Terbuka Mini PI juga diadakan bagi menambahkan bilangan ahli seramai 60 orang dan memwar-warkan program e-Waste dan penyertaan komuniti.
Di dalam program ini kami berhasrat untuk mewar-warkan program eKelas yang kami jalankan di PI Lawang. Selain itu, kami juga mengambil kira faktor perkembangan media baru yang pesat yang mendedahkan pengguna Internet kepada ancaman dalam urusan harian mereka menggunakan internet. Ini kerana kebanyakan penjenayah beranggapan bahawa jenayah yang berlaku di alam siber sukar dikesan.
Oleh itu, kempen advokasi dan keselamatan Klik Dengan Bijak (KDB), Check Your Label dan juga E-waste turut diselitkan di dalam program ini yang juga merupakan inisiatif kami untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan menggunakan internet melalui kempen keselamatan Klik Dengan Bijak (KDB). Selain KDB, kami juga menitikberatkan pengguna untuk sentiasa beringat dengan penggunaan barangan elektronik seperti pengecas telefon supaya mereka memilih dan membeli barangan yang diluluskan oleh SIRIM dan MCMC melalui program Check Your Label. Di samping itu, kami juga mengambil kira faktor kehijauan bumi kita melalui program E-Waste di mana pengguna digalakkan supaya melupuskan segala peralatan elektronik mereka dengan cara yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: