Program Bengkel “Train The Trainer” Advokasi MCMC bersama Pusat Internet 1 Malaysia Negeri Kelantan 2017
13 April 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 12 April 2017 telah diadakan Program Bengkel “Train The Trainer” Advokasi MCMC bersama Pusat Internet 1 Malaysia Negeri Kelantan 2017. Program ini telah dihadiri oleh 63 orang peserta daripada pelbagai Pusat Internet 1 Malaysia Negeri Kelantan. Antaranya ialah PI Maxis, PI Digi, dan PI TM. Program ini dijalankan di Renaissance Hotel Kota Bharu.
Tujuan program bengkel TTT ini adalah untuk merangka strategi dan pelan baru dalam pencapaian dan maklumbalas pelaksanaan Program Jangkauan Advokasi di PI 2016. Selain itu, dalam perancangan dan kaedah pelaksanaan Program Jangkauan Advokasi di PI 2017 (KPI). Bengkel ini juga membincangkan tentang sambutan Pelaksanaan Mobile e-waste dan check your label dan telah dijalanakan oleh setiap PI masing-masing.
Faedah yang diperolehi daripada program ini adalah staf PI dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat serta bertukar-tukar pendapat dan idea untuk melaksanakan sesuatu program di samping dapat mendedahkan kaedah dan teknik yang betul dalam memperkasakan program yang akan dijalankan di Pusat Internet masing-masing.
Program ini dimulakan dengan kata-kata aluan dan pengenalan TTT Program Advokasi di PI oleh Tuan Hj. Mohd Padhil bin Yusof (Ketua Pejabat Negeri Kelantan, MCMC). Selain itu, soal jawab tentang pelaksanaan Malaysia ICT Volunteer di PI serta kemaskini perancangan Mobile e-Waste & Check your Label oleh Encik Faizal bin Abdul Rahman daripada Bahagian Teknologi dan Masyarakat, MCMC Berjaya.
Sesi penyampaian taklimat dan soal jawab tentang ancaman siber oleh Inspektor Noor Ashikin binti Abu Hashim. Sesi penyampaian maklumat Modul 4 oleh Encik Mohd Aziadi bin Hanifah daripada Telekom Malaysia Berhad. Modul ini membincangkan tentang pengawasan ibu bapa di internet “Parental Control Tools” serta sambungan Modul 1,2 dan 3 oleh Cik Wan Nurul Ain binti Wan Razali. Modul ini tentang hak, tanggungjawab dan undang-undang serta penyebaran maklumat palsu dan online grooming.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: