Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI (Strategik Perniagaan Business Model Canvas)
20 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPihak Nera Infocom telah bekerjasama dengan ISME Universiti Malaysia Kelantan mengadakan Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI yang lebih fokus pada Strategik Pernigaan Business Model Canvas. Kursus ini dibahagikan pada dua peringakat, iaitu pada 13 hingga 14 Januari 2017 untuk Pengurus manakala 10 hingga 11 Februari 2017 untuk Penolong Pengurus.
Tujuan kursus ini dibuat adalah untuk melatih Staff Pusat Internet 1 Malaysia membangun dan menambahkan usahawan dalam kalangan penduduk setempat. Staff Pusat Internet 1 Malaysia dapat mengajar komuniti setempat mengenai penggunaan BMC dalam merangka plan perniagaan. Dengan adanya program seperti ini, staff PI dan komuniti dapat mempromosi aktiviti PI dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
Pembelajaraan menggunakan Business Model Canvas (BMC) menarik minat peserta untuk lebih memahami kaedah perniagaan dalam merangka perniagaan yang lebih sistematik danberdaya saing. BMC adalah satu model , alat atau tools yang digunakan dalam perancangan sesuatu projek , perniagaan , bisnes dan syarikat yang diusahakan.
Unsur dan Elemen penting dalam BMC ialah Key Partners, Key Activities, Value Propositions, Key Resources, Customer Relationship, Channels, Customer Segment, Cost Structure, dan Revenue Streams.
Key partners adalah sumber-sumber yang terlibat yang menggerakkan dalam sesuatu perniagaan, syarikat, projek dan bisnes yang dijalankan .Atau dikenali sebagai outsorces syarikat. Tapi bukanlah sumber terpenting dalam keseluruhan operasi syarikat. Senang kata sumber yang menggerakkan bisnes tu beroperasi.
Contoh : partners / supplier / outsoucer / freelancer. Key activities adalah aktiviti kebergantungan untuk memastikan sesuatu perniagaan tu beroperasi. Aktiviti tersebut adalah yang mendatangkan duit masuk. Tujuan untuk mengetahui apakah aktiviti utama yang mendatangkan aliran pendapatan dalam perniagaan yang dijalankan.
Manakala,channel ialah cara penghubungan antara kita dan pelanggan kita dalam Customer Segmen(CM) . Kita perlu tahu nak guna cara dan medium apa untuk berhubung atau berkomunikasi contohnya secara online atau langsung. Tujuannya nak tahu apa yang customer nak. Bagaimana cara nak capai/mendekati pengguna. Cara yang kita gunakan itu sesuai tak dengan keperluan pelanggan ikut faktor, masa. lokasi dan keadaan. Lepastu kita boleh tahu kat sini cara mana yang paling efektif dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: