Program Demonstrasi Kebakaran & Keselamatan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat
23 April 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 22 April 2017 telah diadakan Program Latihan Kecemasan & Kebakaran di Pusat Internet Lawang dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Tanah Merah, Pejabat Operasi Rukun Tetangga (KRT) Lawang , Pusat Internet Batu Gajah dan Pusat Internet Kusial Bharu.
Program demonstrasi Kebakaran dan keselamatan diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran kepada lebih 50 orang yang hadir. Serta mewujudkan jaringan dan persefahaman melalui pihak berwajib seperti pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia. Selain itu, objektif program ini ialah bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran komuniti setempat dan kakitangan Pusat Internet daerah Tanah Merah dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Pusat Internet Lawang, taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak & kempen kitar semula sisa elektronik (e-waste), taklimat keselamatan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Tanah Merah dan latihan praktikal memadam kebakaran. Program yang julung kali diadakan di Pusat Internet. Semoga program seperti ini menjadi acara tahunan dalam kalendar program kami. Terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan program ini dengan jayanya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: