Karnival KEMAS 4U Semarak Desa
15 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13 hingga 14 Mei 2017 telah berlangsungnya Karnival Kemas 4U Semarak Desa. Karnival ini telah diadakan di Dewan Dato Sri Mustapha bin Mohamed Bukit Nangka, Jeli. Perasmian KEMAS 4U telah dirasmikan oleh Dato Sri Mustapha bin Mohamed pada 14 Mei 2017. Karnival ini amat mendapat sambutan daripada penduduk di sekitar Jeli dan kawasan berdekatan. Karnival Kemas 4U ini merupakan program baharu dianjurkan oleh jabatan untuk menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan kemahiran kepada seluruh masyarakat yang mana aktiviti ini dilaksanakan oleh Kemas kepada masyarakat seperti kemahiran jahitan, masakan, dandanan diri, solekan dan sebagainya.
Sepanjang karnival ini, Kemas akan melaksanakan kursus jangka pendek dan memberi peralatan atau kit kepada peserta yang terlibat sebagai contoh, peserta kursus gunting rambut akan menerima kit untuk memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan mereka selepas menghadiri kursus pada karnival ini. Selain itu, sepanjang karnival tersebut pelbagai aktiviti diadakan melibatkan semua peringkat usia. Antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan futsal dan demontrasi masakan untuk kaum wanita serta sukan rakyat untuk golongan dewasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: