INTEL’s Digital Inclusion Program REFRESHER 2017 (KDN 1) (Intel Learn Easy Step (ILES) Version 3.0)
20 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 hingga 19 Februari yang lepas, telah diadakan INTEL’s Digital Inclusion Program REFRESHER peringkat KDN 1 di Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Chengal, Kelantan. Kelas diadakan mengikut peringkat bermula dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Antara PI yang terlibat adalah PI Kg. Lawang, Batu Gajah, Semuba, Gong Kulim, Repek, Kajang Sebidang dan Kursial Bharu. Program ini melibatkan pengurus dan penolong pengurus. Sepanjang program ini berlangsung banyak manfaat yang diperolehi oleh peserta untuk dikongsikan bersama penduduk di kawasan persekitaraan mereka.
Tenaga pengajar, Cik Suha telah berkongsi ilmu tentang Intel Learn Easy Step (ILES) Version 3.0 bersama peserta. Intel mempunyai tumpuan yang berterusan menyebarkan literasi digital, yang akan membantu meningkatkan daya saing negara dan berada di hadapan dalam ekonomi digital global. Perkongsian tentang Intel membantu staff untuk lebih celik digital dan untuk dikongsikan kepada penduduk setempat yang tinggal berhampiran Pusat Internet. Kursus Intel Learn Easy Step (ILES) Version 3.0 dalam talian membantu pelajar di peringkat menengah dan ke atas membangunkan pemahaman asas komputer melalui pengalaman hands-on dalam menjalankan aplikasi asas komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: