INTEL’s Digital Inclusion Program REFRESHER 2017 (KDN 1) (eU @ Marketplace)
20 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 hingga 19 Februari yang lepas, telah diadakan INTEL’s Digital Inclusion Program REFRESHER peringkat KDN 1 di Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Chengal, Kelantan. Kelas diadakan mengikut peringkat bermula dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Antara PI yang terlibat adalah PI Kg. Lawang, Batu Gajah, Semuba, Gong Kulim, Repek, Kajang Sebidang dan Kursial Bharu. Program ini melibatkan pengurus dan penolong pengurus. Sepanjang program ini berlangsung banyak manfaat yang diperolehi oleh peserta untuk dikongsikan bersama penduduk di kawasan persekitaraan mereka.
Tenaga pengajar, Puan Nurul Haffiza Mohd Razani telah berkongsi ilmu tentang pemasaran bersama peserta. Antaranya ialah eU @ Marketplace. Jantung pemasaran strategis modern dapat dijelaskan sebagai pemasaran STP yangmerupakan kependekan dari Segmenting, Targeting, dan Positioning. Namun para penjual tidak selalu harus berpegang pandangan ini dalam strategis pemasaran, mereka sering melewati tiga tahap berikut :
- Pemasaran Massal ( Mass Marketing )
- Pemasaran Aneka Produk ( Produk Variety Marketing )
- Pemasaran Sasaran ( Target Marketing )
MDEC bekerjasama dengan 7 platform atas talian terkemuka di Malaysia untuk program eU@Marketplace ini. 7 platform ini adalah Lelong.my, 11street.my, EasyStore, AmaxMall, MyBazaar, Shopee dan AVANA. Antara ketujuh – tujuh platform tersebut, Puan Nurul Haffiza Mohd Razani mengajar staff PI cara menggunakan AVANA apps. AVANA apps lebih terperinci dan senang untuk dipelajari. Penggunaan AVANA apps diharap dapat membantu usahawan menjangkau pasaran yang lebih luas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: