INTEL’s Digital Inclusion Program Refresher 2017 (KDN 1) (e – Usahawan: Business Model Canvas)
20 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 hingga 19 Februari yang lepas, telah diadakan INTEL’s Digital Inclusion Program REFRESHER peringkat KDN 1 di Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Chengal, Kelantan. Kelas diadakan mengikut peringkat bermula dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Antara PI yang terlibat adalah PI Kg. Lawang, Batu Gajah, Semuba, Gong Kulim, Repek, Kajang Sebidang dan Kursial Bharu. Program ini melibatkan pengurus dan penolong pengurus. Sepanjang program ini berlangsung banyak manfaat yang diperolehi oleh peserta untuk dikongsikan bersama penduduk di kawasan persekitaraan mereka.
Pembelajaraan menggunakan Business Model Canvas (BMC) menarik minat peserta untuk lebih memahami kaedah perniagaan dalam merangka perniagaan yang lebih sistematik danberdaya saing. BMC adalah satu model , alat atau tools yang digunakan dalam perancangan sesuatu projek , perniagaan , bisnes dan syarikat yang diusahakan. Unsur dan Elemen penting dalam BMC ialah Key Partners, Key Activities, Value Propositions, Key Resources, Customer Relationship, Channels, Customer Segment, Cost Structure, dan Revenue Streams.
Key partners adalah sumber-sumber yang terlibat yang menggerakkan dalam sesuatu perniagaan, syarikat, projek dan bisnes yang dijalankan .Atau dikenali sebagai outsorces syarikat. Tapi bukanlah sumber terpenting dalam keseluruhan operasi syarikat. Senang kata sumber yang menggerakkan bisnes tu beroperasi. Contoh : partners / supplier / outsoucer / freelancer. Key activities adalah aktiviti kebergantungan untuk memastikan sesuatu perniagaan tu beroperasi. Aktiviti tersebut adalah yang mendatangkan duit masuk. Tujuan untuk mengetahui apakah aktiviti utama yang mendatangkan aliran pendapatan dalam perniagaan yang dijalankan.
Manakala,channel ialah cara penghubungan antara kita dan pelanggan kita dalam Customer Segmen(CM) . Kita perlu tahu nak guna cara dan medium apa untuk berhubung atau berkomunikasi contohnya secara online atau langsung. Tujuannya nak tahu apa yang customer nak. Bagaimana cara nak capai/mendekati pengguna. Cara yang kita gunakan itu sesuai tak dengan keperluan pelanggan ikut faktor, masa. lokasi dan keadaan. Lepastu kita boleh tahu kat sini cara mana yang paling efektif dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: