Perarakan Sambutan Kemerdekaan bersama Tabika Perpaduan Lawang
23 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2017 Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kg Lawang bersama Tabika Perpaduan Lawang telah mengadakan perarakan sambutan kemerdekaan. Seramai 34 orang pelajar tadika menyertai dan dianggarkan 20 orang ibu bapa sebagai pengiring yang mengikuti aktiviti ini. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat cinta kepada negara kepada generasi sekarang dan menyampaikan maklumat berkaitan advokasi seperti klik dengan bijak dan juga Check Your Label.
Hari kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.
Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah sesi nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kelantan. Taklimat daripada guru Tabika Perpaduan Lawang. Perarakan merdeka serta pertandingan membaca ikrar antara pelajar. Selain itu pihak PI juga telah mengadakan Taklimat Advokasi daripada staf PI, pertandingan Puzzle KDB Kemerdekaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: