Kelas Bahasa Inggeris Tahap 2
06 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 Jun 2017, seramai sebelas orang peserta telah menyertai Kelas Tambahan (Tuisyen) Bahasa Inggeris Tahap 2 yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Kelas ini bertujuan menambahkan pemahaman bagi subjek Bahasa Inggeris Tahap 2. Selain itu, untuk meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan bagi persediaan menduduki UPSR. Kelas tambahan ini juga bertujuan juga untuk mengisi masa lapang pada musim cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.
Dengan adanya kelas tambahan ini, dapat mengisi program yang lebih sihat di Pusat Internet 1 Malaysia dan pada masa yang sama, dapat memperkenalkan lagi Pusat Internet kepada Masyarakat tidak hanya perkhidmatanya terhad kepada akses internet. Aktiviti semasa kelas antaranya sesi pembelajaran menggunakan video. Selain itu, pembelajaran fokus kepada penguasaan pelajar dari segi tatabahasa dan penggunaan di dalam ayat. Menyediakan latihan tambahan kepada pelajar bagi mengasah pemahaman pelajar dan sesi perbincangan serta diadakan sesi pengujian minda pelajar melalui kuiz Kahoot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: