Program Advokasi Selingan Di Dalam Kelas (E-Waste & Klik Dengan Bijak)
29 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2017 telah diadakan Program Advokasi Selingan Kelas (E-waste & KDB) di Pusat Internet 1 Malaysia Lawang. Program ini telah disertai oleh sembilan orang peserta. Tujuan memperkenalkan program e-Waste serta menggalakkan peserta untuk menyertai program ini. Selain itu, memperkenalkan PI sebagai pusat kempen pengumpulan e-sisa mudah alih serta memberi pendedahan dan kesedaran terhadap bahaya sisa e-waste.
Program Advokasi ini juga diadakan bagi menambah bilangan peserta untuk advokasi di PI Lawang. Kelebihan program ini adalah untuk mewar-warkan program e-sisa mudah alih kepada para peserta sekaligus mendedahkan mereka kepada kepentingan dan bahaya jika tidak menguruskan sisa mudah alih dengan betul. Program ini juga dapat meningkatkan peserta bagi tujuan advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: