Program Pelaksanaan Digital Competency Standards (DCS) 2017 Bersama SK Lawang
09 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada hari ahad dan isnin yang lalu telah diadakan program pelaksanaan Digital Competency Standards (DCS) 2017 bersama Sekolah Kebangsaan Lawang di Pusat Internet 1 Malaysia Lawang. Program ini disertai oleh 40 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring.Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.
Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 10 April -15 Mei 2017.Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4, Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).
Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM, dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.Globalisasi dan perubahan teknologi yang pesat telah mewujudkan ekonomi baharu yang dipacu oleh pengetahuan. Sehubungan itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology – ICT) telah menjadi pengupaya penting ekonomi berasaskan pengetahuan bagi kebanyakan negara.
Kerajaan di seluruh dunia sememangnya mengakui kesan positif ICT terhadap pembangunan sosial dan ekonomi masyarakatnya. Justeru, semakin banyak kerajaan telah mula membuat pelaburan yang ketara dalam ICT untuk membangunkan modal insan agar mereka mampu menangani cabaran dalam era digital dan maklumat. ICT dalam Pendidikan bermula dengan pelancaran Aplikasi Perdana Sekolah Bestari, iaitu salah satu daripada tujuh aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC), pada tahun 1997, oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perkembangan semasa yang bertujuan meningkatkan minat, kreativiti, pengetahuan dan kemahiran murid.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: