Kelas Bahasa Inggeris Tahap 1
25 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniSeramai tujuh orang peserta telah menyertai Kelas Tambahan (Tuisyen) Bahasa Inggeris Tahap 1 yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kelas ini bertujuan mengisi masa cuti pelajar. Pada dasarnya, kami hanya fokus kepada kelas Bahasa Inggeris dan Matematik sahaja. Tetapi selepas percubaan kelas tambahan yang dibuat sebelum ini, kami mendapati masih ada segelintir peserta yang masih kurang pengetahuan tentang subjek Bahasa Melayu dan tahap pembacaan mereka masih di tahap yang kritikal. Oleh itu, dengan kerjasama daripada ibu bapa dan rasa cakna kami staff PI, kami mebuat kelas tambahan kepada pelajar yang berdekatan dan tiada had pengambilan dibuat.
Kelas tambahan yang diadakan di PI Kg.Lawang ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap satu dan tahap dua. Kelas diadakan mengikut sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Antara subjek yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Kelas Bahasa Inggeris yang diadakan lebih fokus kepada tatahabahasa dan grammar. Manakala subjek Matematik kami lebih kepada latihan dan penguasaan sifir yang lebih lancar setiap pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: