Pusat Internet Dihujani Anak Merdeka
12 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kg Lawang bersama PI Kursial Bharu dan PI Batu Gajah telah menyemarakkan Hari 1 Malaysia iaitu 16 September bersama anak – anak tabika. Antara sekolah tabika yang turut serta dalam Hari 1 Malaysia ini ialah Tabika Kusial Bharu, Tabika Perumahan Kusial Bharu, Tabika Jerangau, Tabika Gobek, Tabika Sokor dan Tabika Kerilla. Dianggarkan 120 orang penyertaan pada hari tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat cinta kepada negara kepada generasi sekarang dan menyampaikan maklumat berkaitan advokasi seperti klik dengan bijak dan juga Check Your Label. Program ini telah diadakan di PI Kursial Bharu.
Hari kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.
Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: