E-learning English (Kahoot)
17 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu yang lalu, seramai 9 orang peserta telah menyertai aktiviti e-Learning bagi subjek Bahasa Inggeris yang menggunakan aplikasi Kahoot. Aktiviti ini yang berlangsung selama satu jam bermula 11.50 pagi hingga 12.50 tengahari telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Aktiviti ini diadakan bagi memenuhi masa lapang adik-adik yang sedang berada dalam musim cuti persekolahan. Aplikasi dan aktiviti ini diperkenalkan bagi memberikan pendedahan kepada peserta untuk lebih kreatif dalam mengulangkaji pelajaran. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan agar peserta lebih merasai cabaran dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: