Klik Dengan Bijak

29 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

PI Kampung Lawang dan PI Bukit Tandak buat pertama kalinya bekerjasama mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) pada hari Isnin, 28 Mac 2016 dari jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia serta warga Sekolah Kebangsaan Rahmat, Rantau Panjang, Kelantan sempena Hari Pelancaran Sekolah Penyayang dan Program Penutup Bulan Disiplin 2016 Sekolah Angkat Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan.

Dianggarkan seramai 200 orang peserta melibatkan semua murid, guru dan kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan telah memenuhi perkarangan Dewan Sri Rahmat bagi meraikan majlis pelancaran ini. Taklimat KDB ini telah disampaikan oleh saudara Mohd Hafizi Mohaiden selaku Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak. Selesai taklimat, majlis disambung dengan sesi soal jawab dan juga kuiz KDB.

Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan Puan Nurlida selaku Pengarah Jabatan Penerangan Daerah Pasir Mas, Kelantan. Tepat jam 12.00 tengah hari majlis bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas