Gotong-Royong PI Kampung Lawang Bersama Komuniti

16 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2015, hari Jumaat yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kampung Lawang telah menganjurkan program gotong-royong bersama komuniti setempat bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Seramai 17 orang adik-adik dari kampung berdekatan telah datang pada pagi tersebut bagi bersama-sama membersihkan kawasan PI Kampung Lawang. Aktiviti yang berlangsung selama 2 jam ini dijalankan bagi membersihkan kawasan sekitar PI Kampung Lawang yang baru sahaja memulakan operasi buat pertama kalinya pada 7 Mei 2015. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara staf PI dan juga komuniti terlibat. Aktiviti ini juga sekaligus dapat mempromosikan kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia di kampung ini. Selepas aktiviti ini berlansung, para peserta diberikan sedikit jamuan ringan serta diberikan masa 1 jam percuma untuk menggunakan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas