dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Kelas Individu Asas Ms Power Point

22 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pihak Pusat Internet Lawang telah mengadakan Kelas Ms Power Point secara individu kepada pelajar yang hadir ke PIK bagi tujuan pembelajaran interaktif. Seramai 1 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang pada 21 Mei 2021 (Jumaat) untuk membuat tugasan menggunakan Ms Power Point. Kelas individu ini bermula pada jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang. Pelajar diajar secara asas cara-cara membuat tugasan menggunakan Power Point. Selepas itu pelajar diberi tunjuk ajar untuk menggunakan tools yang ada di dalam Ms Power Point, mencari gambar di dalam enjin carian Google, dan cara-cara menyimpan tugasan di dalam dokumen. Akhir sekali tugasan guru yang diberikan kepada pelajar perlu dihantar kepada guru pelajar melalui aplikasi Whatsapp Web.

Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet Komuniti ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.