dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pemantapan ICT Sempena Sambutan Sayangi Malaysiaku Kerjasama SK Lawang

13 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2019 yang lalu, telah diadakan sambutan Hari Kemerdekaan bersama komuniti Kg Lawang dengan kerjasama SK Lawang. Aktiviti ini dianggarkan disertai oleh 150 orang yang melibatkan pelajar, belia kampung, guru dan para ibu bapa. Aktiviti ini dimulakan dengan perarakan dari Sekolah Kebangsaan Lawang ke kawasan kampung dan diakhiri dengan aktiviti di Pusat Internet Lawang.

Kemerdekaan membawa makna cukup besar bagi sesebuah negara. Bebas da­ri­pada penjajah merupakan lambang kedaulatan satu bangsa dan negara sama ada diperoleh secara pertumpahan darah atau persetujuan atas kertas. Bagi golongan yang hidup zaman pramerdeka, apabila kemer­dekaan berada dalam genggaman, maruah bangsa dan negara seakan-akan dikembalikan semu­la selepas diinjak-injak penjajah dengan penuh kehinaan.

Kini 31 Ogos setiap tahun digenggam erat supaya ‘tidak terle­pas’ kerana merupakan tarikh ke­ramat dan ‘hari raya negara’ terutama di Semenanjung Malaysia kini diangkat sebagai sambutan Hari Kebangsaan. Selepas lebih lima dekad berlalu, sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun membawa pengertian berbeza kepada setiap individu, lebih-lebih lagi mereka yang lahir selepas merdeka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.