dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pembelajaran ICT berdasarkan eCikgu melalui Portal eKelas

16 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi Ulangkaji secara Live Tutorial menggunakan Portal eKelas. Program ini merupakan kesinambungan daripada sesi sebelumnya. Ia merupakan salah satu inisiatif oleh Maxis untuk menerapkan nilai dan ilmu digital di kalangan staf Pusat Internet dan juga pelajar-pelajar terutama yang terlibat dengan Program eKelas Portal bagi memperkenalkan program eCikgu yang terdapat di dalam Portal eKelas dan membantu pelajar-pelajar ini membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang akan berlansung tidak lama nanti.

Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi tujuan eKelas Portal & eCikgu di mana pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 14 orang pelajar daripada Darjah 6 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 3 jam bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.