dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

eKelas Live Tutorial Bahasa Inggeris (Hebat Dalam Exam)

5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Oktober 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi pembelajaran e-Learning Bahasa Inggeris melalui Live Tutorial eKelas. Pihak Maxis telah menyediakan nota padat, sesi latih tubi,tips menjawab soalan dan banyak lagi persediaan daripada guru eKelas dalam membantu pelajar dalam UPSR, dan SPM.

Pada hari ini, guru banyak bertanyakan kepada pelajar berkenaan pembelajaran yang telah lepas iaitu sesi ulangkaji bagi topik yang telah dipelajari. Guru juga menyediakan kuiz spontan untuk pelajar-pelajar semua menjawab bagi menguji ketajaman dan kefokusan pelajar terhadap matapelajaran yang sedang dipelajari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dikalangan pelajar luar bandar. Seramai 4 orang pelajar daripada Darjah 6 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas pada hari ini yang berlansung selama 3 jam bermula 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.