dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Aktiviti Bahasa Inggeris eKelas Live Tutorial

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Aktiviti Bahasa Inggeris eKelas Live Tutorial. Kehadiran pelajar pada minggu ini kurang memuaskan kerana pelajar Tahun 6 terdapat program di sekolah iaitu Perkhemahan Perdana.

Pihak Maxis menyediakan nota padat, sesi latih tubi,tips menjawab soalan dan banyak lagi persediaan daripada guru eKelas dalam membantu pelajar dalam UPSR, PT3 dan SPM.

Seterusnya, kelas diteruskan dengan menjawab soalan berformat PT3 bagi pelajar Tingkatan 3. Mereka membuat ulangkaji topik-topik PT3 yang telah dipelajari bersama cikgu, memahami bentuk soalan dan cara menjawab serta mengetahui cara menjawab soalan dengan betul berdasarkan standard PT3.

Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 4 orang pelajar daripada Darjah 6 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 3 jam bermula 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.