dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Demonstrasi Kebakaran & Keselamatan PI Tanah Merah

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2019 telah diadakan Program Latihan Kecemasan & Kebakaran di Pusat Internet Lawang dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Tanah Merah, Pejabat Operasi Rukun Tetangga (KRT) Lawang , Pusat Internet Batu Gajah dan Pusat Internet Kusial Bharu.

Program demonstrasi Kebakaran dan keselamatan diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran kepada lebih 50 orang yang hadir. Serta mewujudkan jaringan dan persefahaman melalui pihak berwajib seperti pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia. Selain itu, objektif program ini ialah bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran komuniti setempat dan kakitangan Pusat Internet daerah Tanah Merah dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Pusat Internet Lawang, taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak & kempen kitar semula sisa elektronik (e-waste), taklimat keselamatan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Tanah Merah dan Latihan Praktikal memadam kebakaran. Program yang setiap tahun diadakan di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.