dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat & Kuiz KDB (Kahoot)

07 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2018 telah diadakan Taklimat dan Kuiz KDB (Kahoot) di Pusat Internet 1 Malaysia Lawang. Program ini telah disertai oleh tujuh orang peserta. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

Selain itu, untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.