dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Lawang, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Tambahan Bahasa Melayu Tahap 2

09 April 2017 | Aktiviti Terkini

Seramai lima orang murid telah menyertai Kelas Tambahan (Tuisyen) Bahasa Melayu Tahap 2 yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kelas ini bertujuan mengisi masa lapang murid pada waktu hujung minggu.

Pada dasarnya, kami hanya memberi fokus kepada kelas Bahasa Inggeris dan Matematik sahaja. Tetapi selepas percubaan kelas tambahan yang dibuat sebelum ini, kami mendapati masih ada segelintir peserta yang masih kurang pengetahuan tentang subjek Bahasa Melayu dan tahap pembacaan mereka masih di tahap yang kritikal. Oleh itu, dengan kerjasama daripada ibu bapa dan rasa cakna kami sebagai staff PI, kami mengadakan lagi kelas tambahan kepada murid yang berdekatan dan tiada had pengambilan dibuat.

Kelas tambahan yang diadakan di PI Lawang ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap satu dan tahap dua. Kelas diadakan mengikut sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Antara subjek yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.